Saturday, February 23, 2013

uhh geramnya..

ada ke patut sorg student ni kata kat aq "kerja ang senang je, kalau setakat meronda satu sekolah berbanding kami yg bertugas dekat ssuatu tmpt ni"..kalau aq bagi dia kerja sehari mcm aq ni baru dia tahu peritnya.. aq meronda pon x boleh cepat, x boleh lambat nanti waktu bertugas dah habis, aq x sempat habis meronda.. dia setakat bertugas kat blok cek2 mcm tu je pon dia kata aq punya kerja lagi senang.. pada hal haritu masa time tugas dia lah pon yg sempat study , konon2nya.. pada hal dia tgh baru nak siapkan homework.. mcm tugas aq ni sempat ke??? dia ingatkn tugas aq ni setakat meronda je, dia x tahu kerja aq yg lain.. kadang2 tu penat pegang jawatan tertinggi ni nak jaga hati semua punya perangai..

Saturday, February 16, 2013

kesan penggunaan telefon bimbit SPM...

aq baru je selesai buat karangan cuti raya cina ni tentang kesan penggunaan telefon bimbit.. tengoklah ada jugak manfaatnya...


KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Dalam meniti kehidupan era siber ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Kita pastinya boleh menggunakan telefon bimbit yang dimiliki untuk menghubungi insan tersayang yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Mendengar suara ibu dan bapa pastinya membuatkan jiwa kita tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan insan yang paling mengenali diri kita. Oleh hal yang demikian, penggunaan telefon bimbit oleh para pelajar pastinya meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar lebih-lebih lagi untuk para pelajar yang tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga.

Selain itu, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan persekolahan. Sebagai contohnya, rakan-rakan rapat boleh dihubungi dengan segera waima kita tidak berada di sekolahpun jika mereka mempunyai telefon selular ini. Secara tidak langsung, segala perkara penting yang disampaikan oleh guru ketika kita tidak boleh hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera melalui penggunaan telefon bimbit. Hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra.

Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan kesan negatif kepada pelajar. Misalannya, mereka lebih mudah merakam atau menyimpan video-video mahupun gambar-gambar lucah dalam alat telekomunikasi itu. Perkara ini memang tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi apabila cerita mengisahkan klip-klip video ini pernah tersiar di layar perak iaitu filem Klip 3GP. Penyebaran video-video seperti yang dimaksudkan ini bukan mudah untuk dibanteras tetapi tidak mustahil untuk diperangi.

Di samping itu, penggunaan telefon bimbit juga boleh melalaikan remaja. Lihat sahaja situasi masa ini apabila golongan remaja tidak boleh berpisah dengan ‘kembar’ mereka itu walaupun sedetik. Ditambah pula dengan pelbagai aplikasi yang kurang penting dan permainan yang melekakan dalam telefon mudah alih itu pastinya membuang masa para remaja dengan sia-sia. Walhal, masa senggang para remaja perlu diisi dengan ilmu yang bakal menerangi masa depan mereka.

Konklusinya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja. Kita perlu bijak menggunakan apa-apa sahaja gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, para remaja yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum dilakukan bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.


nak lesen motor

jealous aq tgk kwn2 yg dah ada lesen .. tambah2 lagi diaorg bawa motor baru.. tapi aq dah try apply BL1M tapi x dapat sbb umur aq x cukup 17 thn..  hmmmmmm.. sedih..

jawatan yang aq sandang thn ni..

seronok sgt thn ni aq jadi penolong ketua pengawas sekolah dgn pengerusi PBSM.. & setiausaha kelas aq.. rasa diri ni amat berguna...

cerita tahun lepas jugak

buat kali kedua hujung thn lepas aq pergi cameron selepas balik drpd mid valley..tapi kali tu speciall sbb kami bawa atok & opah yg tersayang...

cerita tahun lepas

hujung tahun lepas aq pergi bercuti kat rmh mak jang aq... sebelum sampai rmh mak jang, ayah aq bawa sekeluarga pergi MAHA.. dekat Serdang. patutlah ayah aku x suka duduk kat KL sbb nak pergi ke MAHA sebenarnya dekat tapi dgn jln berpusing2 dgn tol merata2..haishh pening juga aq tengok jln KL.. SAMPAI RMH mak jang , esoknya mak jang bawa pergi jln2 merata2 tmpt. Lusanya mak jang aq bawa aq sekeluarga pergi Mid valley Megamall naik komuter dr sungai buloh hingga ke mid valley.. 4 hari kami duduk kat sana..  mcm2 tmpt lagi kami pergi ~ayah aq bawak~...

cerita tahun lepas

perkhemahan kat sekolah pon aq pergi juga wakil drpd unit beruniform aq sendiri... banyak juga lah aktiviti yg aq ikuti jugak thn lepas.. sampai ke balai polis pon aq ikut aktiviti mereka...

cerita tahun lepas

6-8 julai 2012 aq ikut perkhemahan pbsm peringkat negeri dekat simpang pulai. yg aq peliknya ingatkan kem ni peraturan dia ketat almaklumlah unit beruniform.. rupanya peraturan dia longgar siap x payah tied in baju pon...

cerita tahun lepas

8 -11 mei 2012 thn lepas, aq ikut perkhemahan kepimpinan pelajar dekat selama peringkat negeri.. dalam perkhemahan thn lepas p'khemahan ni lah yg paling best sekali aq pernah pergi sbb salah satu drpd aktiviti tu adalah pan ball x silap aq...

dah lama x buka blog

haha.. dah lama aq x buka blog aq ni rasa rindu pulak. tapi mungkin aq x buka dah blog aq ni sampai hujung thn ni sbb SPM.. (PEJAM CELIK)2 aq dah ting. 5. dah nak kena ambik SPM.. HMMM.. kena study hard lah thn ni..