Thursday, March 14, 2013

lIhAtLaH kArAnGaN uJiAn LiSaN kUmPuLaN aKu


Aktiviti Kokurikulum
     Kemerosotan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dikatakan antara punca meningkatnya masalah sosial di sekolah belakangan ini. Untuk membendung masalah sosial yantg semakin gawat ini, aktiviti kokurikulum semakin dititikberatkan oleh Kemnterian Pelajaran. Akan tetapi, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum masih kurang mengggalakkan.  Oleh itu, pelbagai strategi yang sesuai harus dilakukan bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
     Dalam hal ini, perancangan sekolah amat penting. Pihak sekolah harus memperuntukkan wang yang lebih banyak untuk menggiatkan aktiviti kokurikulum serta melengkapkan kelab, persatuan, pasukan beruniform dan sebagainya dengan pelbagai kemudahan. Wang itu juga dapat menaja aktiviti pelajar di luar sekolah. Kemudahan untuk bersukan seperti go-kart, skuasy, gimrama dan balet dapat disediakan. Kebebasan juga dapat diberikan kepada pelajar untuk menganjurkan aktiviti seperti berkhemah, pertandingan dan lawatan sambil belajar. Dengan itu, aktiviti kokurikulum akan menjadi lebih menarik.
     Di samping itu, galakan ibu bapa juga penting. Banyak ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Mereka mahu anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Untuk mengatasi salah tanggapan ini, pihak sekolah harus menggalakkan ibu bapa sama-sama melibatkan diridalam aktiviti kokurikulum. Dengan itu, mereka akan menyedari pentingnya aktiviti kokurikulum lantas akan menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum.
     Kempen kesedaran juga dapat menggiatkan aktiviti kokurikulum. Kempen ini dapat dilakukan di sekolah atau melalui media massa. Kepentingan kegiatan ini disiarkan secara meluas. Golongan yang giat dalam bidang ini berjaya dalam hidup wajar diundang untuk berceramah. Sebagai contoh, Datin Sharifah Mazlina diundang untuk menceritakan kejayaannya merentas Antartika secara solo. Begitu juga dengan wira negara yang berjaya menakluki Gunung Everest, Ahmad Reduan dan Mohd. Muqharrabin, diundang berceramah untuk Kelab Mendaki Bukit sekolah. Datuk Abdul Malek Abidin pula diundang berceramah tentang pengalamannya merentasi Selat Inggeris kepada ahli-ahli pengakap. Dengan itu, pelajar akan menyedari pentingnya aktiviti kokurikulum dan terpikat oleh aktiviti yang sihat ini.
     Dalam usaha untuk menggiatkan aktiviti kokurikulum, sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta amat penting. NGO dan syarikat swasta bolah memberikan sumbangan kewangan untuk menaja program-program kokurikulum, misalnya menaja lawatan sambil belajar ke sesuatu tempat. Pihak tersebut juga boleh menyediakan kemudahan untuk program kokurikulum. Di Lumut, Outward Bound School menganjurkan kursus tahan lasak untuk sekolah. Di Langkawi, Kelab Belayar melatih pelajar-pelajar yang berminat secara percuma. Rakan Muda pula menghantar jurulatih profesional untuk menjayakan pelbagai aktiviti kokurikulum  di sekolah. Dengan itu, aktiviti kokurikulum  pasti berjalan dengan giat.
     Pemberian insentif juga penting untuk menggiatkan aktiviti kokurikulum. Sijil kecemerlangan wajar diberikan kepada pelajar yang aktif dalam bidang ini. Kerajaan dan syarikat swasta hendaklah memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada sijil sedemikian. Sebagai contohnya, pelajar yantg aktif dalam aktiviti kokurikulum  akan diberi keutamaan mengisi jawatan kosong. Selain itu, kemsukan ke universiti juga harus bersandarkan prestasi pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum diberi keutamaan untuk mengikuti kursus yang lebih baik. Mereka juga diberi keutamaan dalam mendapatkan biasiswa. Dengan cara ini, barulah pelajar berebut-rebut untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
     Aktiviti kokurikulum penting untuk setiap pelajar. Pemesatan semula aktiviti kokurikulum akan dapat mencegah kemerosotan kualiti remaja serta membendung gejala sosial. Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama untuk menggalakkan pelibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang berguna ini.